Wednesday, September 08, 2010 5:57:07 AM   
LAMAN UTAMA | FOTO GALERI | TENTANG KAMI | HUBUNGI KAMI   

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM
DAN
SALAM 1 MALAYSIA

"Ride Terjah Kabus Cameron Highland" Bersama KAWAKIPS pada 4 Julai 2010.Terbuka kepada sesiapa saja yang berminat. Keterangan lanjut masuk ke kalender NBC atau hubungi PIC Firdaus/Dr. Kura Kura - 0194540173

PENANG Bike Week 25 - 27 Jun 2010 di Tanjung Bungah Hotel.

Selamat datang ke Pulau Pinang. Semua Bikers Dari Semua Kelab Motosikal di jemput Hadir Secara Berkumpulan atau persendirian.

SEMOGA NBC AKAN TERUS CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG.

GAMBAR PILIHAN

RIDE JEJAK BINTANG TIGA 2010

PAUTAN LAIN

  BikePics.com
  Borang Pendaftaran Ahli NBC (savefile)
  Borang Pendaftaran Konvoi (save file)
  Borang Pendaftaran Konvoi NBC (Email)
  Kenangan Konvoi Sepang 2008 (1)
  Kenangan Konvoi Sepang 2008 (2)
  Maybank2u Portal
  Motogp.com
  Pertandingan Moto Klasik (1)
  Pertandingan Moto Klasik (2)
  Pertandingan Moto Klasik (3)
  Pertandingan Moto Klasik (4)
  Pertandingan Moto Klasik (5)
  Ride Jejak Bintang Tiga 2010 Album
  Riders Malaya Community
  MACAM-MACAM @ NBC

Tips Penjagaan Motosikal

PENJAGAAN motosikal sebenarnya tidaklah begitu sukar seperti yang mungkin dianggap sesetengah orang. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal.

1. Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum.

2. Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir Shell yang dicipta khas untuk motosikal.

3. Pastikan juga motosikal anda sentiasa dibersihkan dan seperti yang pernah diperkatakan, basuh sendiri motosikal dan teliti setiap bahagian sambil memeriksa setiap komponen untuk mengenal pasti kerosakan kecil yang mungkin dialami.

4. Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.

5. Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian.

6. Dapatkan nasihat rakan berpengalaman dan pelajari cara mengenal pasti tahap kehausan. Sebagai contoh, tayar mempunyai penanda tahap kehausan untuk memberi panduan bilakah tayar perlu ditukar. Bateri pula perlu diperiksa tahap elektrolit dan selalunya tahan sehingga dua tahun.

7. Penelitian adalah penting untuk memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan baik. Hantar motosikal untuk diperiksa mekanik bertauliah seandainya dirasakan perbezaan sewaktu mengendalikan motosikal anda. Ini menjamin tahap keselamatan jentera dan menjanjikan kepuasan jangka panjang.





 
MACAM-MACAM @ NBC
Tips Penjagaan Motosikal
PENJAGAAN motosikal sebenarnya tidaklah begitu sukar seperti yang mungkin dianggap sesetengah orang. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal.  Lagi
 
Tatacara Konvoi Bersama Nusantara Bikers Club.
Bagaimana cara yang selamat untuk menunggang motosikal ketika berkonvoi.  Lagi
 
PERSAUDARAAN PERMUAFAKATAN PERSEFAHAMAN - 3P
Copyright Nusantara Bikers Club 2008 - All Right Reserved