|
PENGUMUMAN
|
|
|
|
GAMBAR PILIHAN
|
RIDE JEJAK BINTANG TIGA 2010
|
|
MOTOR BULAN INI
|
 |
|
|
|
|
NBC - PENGENALAN / LATAR BELAKANG
|
|
|
Kelab Motor Nusantara atau "Nusantara Bikers Club" singkatan NBC Penang adalah sebuah kelab motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Perndaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Kelab ini telah ditubuhkan pada penghujung Disember 2006, hasil daripada gabungan beberapa kelab khususnya motosikal 150cc dengan matlamat untuk membasmi gejala mat rempit.
Majlis perasmian kelab telah diadakan pada 26 Disember 2006 oleh Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar, bertempat di Naza Cafe Pantai Seagate. Jumlah ahli yang berdaftar dengan NBC sehingga kini seramai 60 orang yang terdiri dari pelbagai golongan yang berusia seawal 20-an hingga 50-an. Majoriti ahli kelab adalah pemilik motosikal Yamaha - TZM, LC, FZ-i Honda - NSR-R, Aprillia - 125/250, Kawasaki - Kips150/ ZXR250 - ER6 dan Naza - Blade 250 yang tinggal disekitar Pulau Pinang,Kedah dan Perlis serta di cawangan Kuala Lumpur dan Pantai Timur.
Sejak NBC ditubuhkan sehingga kini lebih dari 20 aktiviti konvoi telah dianjurkan oleh NBC, antaranya adalah konvoi ke Melaka,Thailand,Cameron Hingland,Pantai Timur dan lain-lain.Selain itu,NBC juga terlibat dalam konvoi sebagai marshall / pengiring untuk acara Yamaha Hong Leong Penang, mengiringi ahli politik dalam majlis rasmi, dan mengiringi majlis kenduri kahwin (jemputan ahli).
Tidak lupa juga, NBC turut melakukan kerja-kerja amal seperti gotong royong,membersihkan kawasan tanah perkuburan, masjid, menanam pokok bersama wakil rakyat/JKKK kampung dan mengumpul derma serta dana untuk disumbangkan kepada anak yatim,warga tua,ibu tunggal dan fakir miskin untuk bulan Ramadhan dan Syawal.Antara acara yang melibatkan NBC dan agensi kerajaan serta swasta ialah "Konvoi Mempromosikan Pulau Pinang di Kuala Lumpur dan Melaka Sempena Tahun Melawat Malaysia" bagi peringkat negeri pada 11~14 Ogos 2007 dan "Konvoi Pantai Timur @ Basmi Cetak Rompak" dengan kerjasama MPA dan KPDNKK. Setiap tahun juga,NBC akan mengadakan "Mesyuarat Tahunan" dan juga "Hari Keluarga" yang diadakan disekitar kawasan peranginan/perkelahan di Malaysia.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang NBC boleh menghubungi Yang Dipertua Nusantara Bikers Club saudara Masry Che Any ditalian 017 - 4212374 atau Ketua ketua cawangan berhampiran anda..
|
|
| |
 |
|
|
|
|
HUBUNGI NBC
|
|
KELAB MOTOR NUSANTARA NEGERI PULAU PINANG (0445-07-PPG)
No. 387 Mukim 9,
Jalan Pekan Darat,
13800 Sungai Dua,
Butterworth, Pulau Pinang.
H/P No.: 0174212374
Email: nusantarabikerzclub@gmail.com / webmaster@nusantarabikersclub.com
|
|
|
WORKSHOP MOTOR & KEDAI SPARE PART
|
| 1. |
XIN YIE MOTOR
6A, Jalan Impian Ria 1, Taman Impian Ria, 14000 Bukit Mertajam.
Pomen : Choong
H/Phone : 012-4588198 / 016-4391007
WebMaster Note: Specialist in accident vechicle claim approved repair...
Service kos murah tapi setting tak berapa cun!
|
| 2. |
DAVIDCHOO BIKERS ACCESSORIES
Lokasi: Bagan Luar, Butterworth
Contact Person: David Choo
Contact No.: 012-5227707
Masry: Kedai terletak bertentangan billion supermarket bagan luar, selain menjual motosikal baru dan second hand, kedai ini juga menjadi tumpuan kalangan bikers sekitar Seberang Perai untuk membeli aksesori seperti jaket, riding boot, glove, helmet, fullface dll.
|
| 3. |
Nazri Motor (Abg E Pondok)
Lokasi : Depan masjid kampung padang lahar kepar kepala batas.
Pomen : Abg E sifu YPVS
Contact No. : 04-5759315 (kedai) / 017-4549144 (h/p)
Zack : Bagi sesiapa yang masih layan YPVS atau moto zaman Azura mahupun Gila Gila Remaja ataupun Pelumba Malam dakpun Litar Kasih, tak kiralah apa jenis model pun dia buleh operate.Abg E paling dia cekap jenis sistem YPVS.Pengalam Zack duk buat moto ngan dia memang berbaloi dah harga pun berpatutan, yang mana benda rosak kalu bleh repair dia akn repair dulu, kalu dah tak buleh pakai/guna baru dia tukar.Save cos memang berbaloi.
|
|
|
MACAM-MACAM @ NBC
|
|
 |
Tips Penjagaan Motosikal
PENJAGAAN motosikal sebenarnya tidaklah begitu sukar seperti yang mungkin dianggap sesetengah orang. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal. Lagi
|
| |
|
|